30.11.09

سلام عيد الأضحى

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 'IDIL ADHA 1430 HIJRI


INDAH LANGIT KERANA AWAN,

INDAH LAUT KERANA KEBIRUAN,

INDAH 'IDIL FITRI KERANA KEMAAFAN,

INDAH 'IDIL ADHA KERANA PENGORBANAN.


SEMOGA 'IDIL ADHA TAHUN INI MENINGKATKAN LAGI PENGORBANAN KITA SEBAGAI GURU KE ARAH MEMARTABATKAN PENDIDIKAN ISLAM. AMEEN.

20.11.09

MULTIMEDIA PRESENTATION DURING KLAQ'S CLOSING CEREMONY

VIDEO 1;



VIDEO 2;

VIDEO KURSUS PEMANTAPAN j-QAF AMBILAN 2008

Askum; berikut adalah multimedia presentation ketika majlis penutup Kursus Pemantapan j-QAF Ambilan 2008 di PUSTIKA, SIK pada 1 & 2 November 2009.

16.11.09

KURSUS SP & HSP BAHASA ARAB TAHUN 3






15 November - Alhamdulillah, rasanya ini program terakhir j-QAF PPD Baling Sik untuk tahun ini. Mengikut perancangan sepatutnya; program terakhir adalah Kem Bina Juara; tetapi dibatalkan.

Kursus ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya; Majlis penutup telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah SPI (Bahasa Arab); Ust Khairul Anuar bin Hj. Ali.

Manakala Majlis Pembukaan telah disempurnakan oleh Ust Mohd Yusoff bin Hj. Abdullah (Penyelia UPI PPD Baling Sik)

Semoga kursus ini memberi input yang berguna kepada semua peserta.

Sekilas pandang;


15.11.09

MAHRAJAN & MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KEDAH



14 November - Telah berlangsung Mahrajan dan Majlis Khatam al-Quran Sekolah-Sekolah Kebangsaan Program j-QAF Peringkat Negeri Kedah Darul Aman, bertempat di SMK Gurun dan SK Seri Jerai.


i

Peserta Daerah Baling Sik juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini. Terdiri daripada 40 peserta untuk acara Kalam Jamaie, Dikir Barat, Kuiz dan Tilawah (L) dan Tilawah (P).

Tahniah diucapkan kepada kontinjen Baling Sik kerana dapat mencipta kejayaan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum, dengan berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara dikir barat (SK Pulai) dan Ketiga Tilawah al-Quran (P) - SK Kg Sadek/Aliah Norhasni).

Semoga kemenangan anda membuka sinar baru kepada rakan-rakan dan guru-guru j-QAF Baling Sik untuk mengorak langkah mencipta kemenangan yang bergaya tahun depan.




Alhamdulillah, saya dapat meninjau suasana dan pengurusan majlis pada kali ini. Ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki. Aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah berkenaan dengan penghakiman. Sesungguhnya, saya tidak mempertikai dan mempersoal pelantikan hakim. Semua hakim yang dilantik mempunyai kemahiran dan kecerdasan mengikut bahagian masing-masing. Mereka semua adil dan telus dalam membuat keputusan. Cuma, perlu ada penyelarasan dan kesamarataan dalam penentuan hakim bagi acara yang dipertandingkan. Bukankah menjaga kemaslahatan dan mengelakkan kemudaratan adalah tuntutan???.

Saya berikan contoh apa yang diperkatakan; Kalam Jamaie; aspek yang dinilai tiga bahagian. Setiap bahagian melibatkan dua orang hakim; bermakna 6 orang; dan seorang ketua hakim; jumlahnya 7. Begitulah secara kasarnya. Dicadangkan; hakim yang menilai mestilah dari daerah yang berbeza atau berlainan; Daerah PPD di Kedah ada 8, oleh itu akan ada seorang hakim dari setiap daerah....mudah-mudahan tidak menimbulakn pertikaian dan cakap-cakap belakang. Elakkanlah; melibatkan 7 orang tetapi terdapat 2 atau 3 orang hakim dari satu daerah. Adakah daerah lain tidak mempunya kepakaran dalam acara itu???. Tepuk dada tanyalah diri...

Bukanlah maksud saya nak mempertikaikan kalam jamaie; akan tetapi sekadar contoh. Begitu juga dengan acara yang lain. Ada juga acara yang melibatkan 3 +/- 4 orang hakim dari daerah yang sama dalam satu-satu acara. Ini boleh menyebabkan rasa kurang senang dikalangan penonton walaupun sebenarnya bukan begitu.....

Ada juga tiada walau seorang hakim pun mewakili daerah tertentu dalam acara tertentu.

Kalau tak salah saya, perkara ini juga terjadi ketika Majlis Tilawah al-Quran

Sememangnya; kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak; dan tidak mampu memastikan semua terlibat. Akan tetapi, bukankah kadar masalah dan keraguan boleh dikurangkan, kerana kita yang merancang dan melaksanakannya.

Di samping itu, ada juga kecacatan lain seperti soalan kuiz. Ada soalan kuiz terutama soalan bahasa Arab; soalan tergantung yang boleh mengelirukan pelajar. Contoh; berkenaan masa; tidak diletakkan masa'an atau sobaha'.

Ada juga soalan Fardhu Ain yang menjadi pertikaian tentang kesahan jawapan. Diharapkan agar soalan-soalan seperti ini diberi perhatian sewajarnya.

Ada satu perkara lagi iaitu berkenaan dengan makanan. Sebagai guru pengiring, rasa agak terkilan kerana makanan tidak disediakan. Hanya disediakan kepada peserta seramai 40 orang sahaja. Katanya; makanan disediakan tetapi selepas majlis Penutup. Dicadangkan untuk tahun-tahun hadapan agar makanan untuk guru pengiring disediakan bungkus bersama murid-murid (jika ada makanan). Kalau disediakan selepas majlis; masakan guru pengiring makan dan murid-murid menunggu, bas pun kalut nak balik dah; kalau hakim, urusetia dan tetamu oklah.

Diharap, agar perkara-perkara ini diberi perhatian terutamanya aspek penghakiman.

Bukanlah niat untuk mengajar atau mempertikai; akan tetapi sekadar berkongsi maklumat berdasarkan sembang-sembang dan pemerhatian.

Mudah-mudahan, tuan rumah akan datang; Daerah Kota Setar dapat mempertingkat mutu Majlis ini yang menjadi cermin dan kayu pengukur keberkesanan pelaksanaan j-QAF.

Insya Allah, bersamalah kita berusaha mempertingkat j-QAF dalam apa jua perkara yang dilakukan, mudah-mudahan j-QAF tidak dipandang sepi dan sentiasa cemerlang. AMEEN....

13.11.09

KURSUS SP & HSP BAHASA ARAB TAHUN 3

KURSUS SP & HSP BAHASA ARAB TAHUN 3
SEKOLAH KEBANGSAAN UNTUK KEGUNAAN 2010



Tempat : PKG KUALA PEGANG

Tarikh : 15 NOVEMBER 2009

Masa : 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG


SURAT TELAH DIEDARKAN. JANGAN LUPA BAWA BERSAMA BUKU TEKS DAN BUKU PANDUAN GURU; BAHASA ARAB TAHUN 3.

MAHRAJAN & MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Program : MAHRAJAN & MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KEDAH


Tempat : SMK GURUN, KEDAH

Tarikh : 14 NOVEMBER 2009

Masa : 8.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG


GURU-GURU j-QAF DAERAH BALING SIK DIJEMPUT HADIR BAGI MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA KONTINJEN BALING SIK UNTUK MEMPEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG. AMEEN.

LATIHAN PUSAT KONTINJEN BALING SIK







13 November - Alhamdulillah, Ust Mohd Yusof bin Hj. Abdullah (Penyelia UPI PPD Baling Sik), dapat meluangkan masa untuk melihat dan memberi input yang berguna kepada kontinjen Baling Sik yang akan mewakili Daerah Baling Sik ke Mahrajan Peringkat Negeri Kedah yang akan diadakan di SMK Gurun, Kedah.



Terlebih dahulu, memantau persiapan pasukan dikir barat di SK Pulai. Disambut oleh guru besar. Kerjasama yang baik daripada GPI dan Guru j-QAF SK Pulai berjaya dipupuk, ada juadah disediakan...sate dan laksa...terima kasih semua.




Kemudian, ke SK Baling melihat persiapan pasukan Kalam Jamaie. Alhamdulillah, guru-guru memainkan peranan penting membentuk pelajar.





Semoga semua kontinjen akan berusaha sebaik mungkin untuk berjaya. Sama-samalah kita berdoa dan memohon agar kontinjen baling sik akan mendapat gelaran juara untuk kali ini. Ameeeen...

11.11.09

8.11.09

HARI PERTAMA: KEM LITERASI AL-QURAN 2009




8 NOVEMBER 2009 - Hari ini adalah hari pertama Kem Literasi al-Quran Peringkat Daerah Baling Sik di adakan bertempat di Masjid al-Maarif, Bukit Tok Kaya, Pulai.

Seramai 120 orang murid dan 55 orang guru telah hadir bagi menyumbangkan tenaga dan bakti bagi menjayakan program ini.



Program berlangsung seawal jam 8.00 pagi dan tamat jam 2.00 petang.

Latihan Dalam Kumpulan pada hari ini telah dimudah cara oleh fasilitator - fasilitator yang berkaliber...dan tenaga j-QAF yang ingin melihat generasi yang dibentuk adalah generasi yang hebat.



Insya Allah, Kem ini akan bersambung esok dimana majlis penutup dijangka dihadiri oleh Ustaz Musa Jayyid dan Ustaz Abdul Somad.

Insya Allah, berjumpa lagi esok dengan semangat dan idea yang baru....


Sekilas pandang KEM LITERASI AL-QURAN:



7.11.09

SEKILAS PANDANG: MAHRAJAN

Daun sireh diambil sarah,
Buat kunyahan golongan tua,
Selesai sudah mahrajan daerah,
Terima kasih buat semua.

6.11.09

KEPUTUSAN MKQ DAN TENTATIF PROGRAM

Berikut adalah disertakan Keputusan Penuh Mahrajan dan Majlis Khatam al-Quran Peringkat Daerah Baling Sik beserta tentatif program.

TENTATIF MKQ



KEPUTUSAN PENUH

MAHRAJAN & MAJLIS KHATAM AL-QURAN



5 November - Mahrajan dan Majlis Khatam al-Quran Peringkat Daerah Daerah Baling Sik telah diadakan di SK Sik.

Majlis bermuala seawal jam 7.45 iaitu taklimat hakim dan urus setia.





Pelbagai acara telah diadakan seperti Tilawah al-Quran(lelaki dan perempuan), Kuiz, Kalam Jamaie, Dikir Barat dan Khatam al-Quran.

Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar dan baik.

Perasmian penutup Mahrajan dan Majlis Khatam al-Quran ini telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Somad bin Abdullah (PPK j-QAF SPI JPN Kedah).

Ramai tetamu turut hadir seperti Ustaz Mohd Yusoff bin Hj. Abdullah Penyelia UPI PPD Baling Sik dan guru-guru besar zon sik.




Tahniah kepadaq para pemenang. Pemenang-pemenang ini akan mewakili Daerah Baling Sik ke Mahrajan dan Majlis Khatam al-Quran peringkat Negeri Kedah yang akan diadakan pada 14 November 2009 di Gurun, Kedah.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih tiodak terhingga buat sahabat-sahabat urus setia yang merangkap sebagai hakim, bagi menjayakan program ini.



Tiada kata dapat dilafazkan, tiada ucapan dapat coretkan, tiada madah dapat diluahkan, melainkan menjadi pengetahuan Allah yang menjadikan.

Usaha murni ini akan, mudah-mudahan dapat membentuk generasi yang akan dengan agar lebih dinamik. Ameen.

5.11.09

KERJA-KERJA TERAKHIR MKQ




Beberapa orang urus setia bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja terakhir mengenai Mahrajan dan Majlis Khatam al-Quran peringkat Daerah Baling Sik, terima kasih, kepada semua yang bertungkus lumus, hingga ke malam, walaupun terpaksa mengendong anak-anak yang masih kecil. Semoga usaha mendidik generasi akan melahirkan insan-insan yang hebat dan terbilang.

Pengumpulan Data Peringkat Negeri Kedah


Pagi ini berjalan proses pengumpulan Data 6 Bulan Kedua j-QAF bagi Negeri Kedah. Seramai 16 orang JU Negeri telah berkumpul untuk menyempurnakan tugas yang mencabar ini. Hal ini kerana terdapat beberapa orang GPI j-QAF yang masih lagi melakukan kesilapan mengisi data di peringkat daerah masing-masing. Justeru, diharap pada masa hadapan kelemahan tersebut dapat di atasi.

Kepada sekolah-sekolah program j-QAF kohort 2005, sila buat tindakan menghantar salinan "RUMUSAN ESEKOLAH" bagi sekolah anda dalam kadar segera sebelum 10 November 2009. Sila buat salinan seperti berikut:-

1 salianan RUMUSAN (soft copy) dihantar kepada JU Data Negeri, Us. Akmal b. Ahmad melalui emel beliau : akmal_ahmad@hotmail.com

1 salinan RUMUSAN serta data murid j-QAF sekolah dihantar kepada Ust. Mohd Yusoff b. Abdullah, PPD BS.

Contoh RUMUSAN ESEKOLAH seperti di bawah.




Sila ambil tindakan segera, terima kasih.

3.11.09

MESYUARAT PEMURNIAAN MODUL KEM LITERASI AL-QURAN








3 NOVEMBER - Seramai 35 orang guru-guru j-QAF berkampung di SK Seri Dusun, untuk menghadiri taklimat modul kepada fasilitator, bagi kem literasi al-Quran yang akan dijalankan pada 8 dan 9 November 2009 di Masjid al-Maarif, Bukit Tok Kaya Pulai.

Mesyuarat dimulakan dengan taklimat oleh (Ust Mohd Yusoff bin Abdullah), Penyelia Pendidikan Islam PPD Baling Sik.

Terima kasih dan tahniah, kepada semua guru-guru j-QAF yang terlibat.

Bersamalah kita berusaha membangunkan generasi kita agar menjadi khayrun ummah.

2.11.09

Kursus Pemantapan GPI Program j-QAF 2009

Kursus ini berlangsung di PUSTIKA, Sik, Kedah selama 2 hari iaitu 1 dan 2 November 2009. Antara lakaran peristiwa:-


IKRAR GURU j-QAF

Ikrar Guru J-qaf

KEM LITERASI AL-QURAN 2009

Adalah dimaklumkan, KEM LIETARSI AL-QURAN PERINGKAT DAERAH BALING SIK akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 8 & 9 NOVEMBER 2009
Tempat: MASJID AL-MAARIF, BUKIT TOK KAYA, PULAI, BALING
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

SENARAI NAMA GURU YANG TERLIBAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

FASILITATOR KLAQ

Tolong Maklumkan kepada rakan-rakan j-QAF yang lain.

PENGESAHAN PENYERTAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2009

Berikut adalah senarai sekolah yang menyertai acara yang dipertandingkan:-


Checklist Penyertaan

MESYUARAT PEMURNIAAN MODUL KLAQ

Adalah dimaklumkan, Mesyuarat Pengelolaan dan Pemurniaan Modul untuk Kem Literasi al-Quran 2009 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 3 NOVEMBER 2009
Hari: Selasa
Masa: 2.00 petang
Tempat: SK Seri Dusun

Senarai guru yang terlibat seperti berikut:-

FASILITATOR KLAQ MESYUARAT

* Surat telah dihantar.
* Tolong maklumkan, rakan-rakan, takut-takut tak sampai maklumat.
* Terima kasih.