14.4.10

BENGKEL MTQ PPD BALING SIK

Adalah dimaklumkan BENGKEL PEMANTAPAN AKTIVITI KOKURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM / MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH BALING SIK TAHUN 2010M / 1431H akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 17 dan 18 April 2010

Tempat : SMKA SIK

Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang


Sila muat turun surat...di bawah...


1) SURAT PANGGILAN BENGKEL

2) SURAT KONTINJEN MTQ BSK

3) SENARAI KONTINJEN MTQ BSK


Maklumat ini dari Ust. Mohd Yusoff bin Hj. Abdullah/UPIM PPD Baling Sik


5.4.10

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN 1431H/2010M

Alhamdulillah, Majlis Tilawah al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Daerah Baling Sik telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Perjalanan majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Jawatankuasa Induk Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Baling Sik merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

CORAT-CORET MTQ 1431H/2010M di bawah:-

2.4.10

MTQ 2010; SURAT LANTIKAN & SENARAI PENGELOLA

Adalah dimaklumkan MTQ Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Daerah Baling Sik 2010 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 5 APRIL 2010
Hari : Isnin
Tempat : SMK Agama Baling
Masa : 7.45 pagi

Sila maklumkam maklumat ini kepada rakan-rakan guru Daerah Baling Sik

Surat Lantikan HAKIM & Senarai HAKIM boleh dimuat turun dibawah:


SURAT LANTIKAN

SENARAI PENGELOLA & HAKIM


* Maklumat ini dari - Ust. Mohd Yusof Abdullah.

28.3.10

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA & JEMAAH HAKIM MTQ

Adalah dimaklumkan, Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengelola dan Jemaah Hakim MTQ Sekolah-Sekolah KPM PPD Baling Sik bagi tahun 1431 H / 2010M akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 31 MAC 2010
Tempat : PKG Kuala Pegang
Jam : 2.00 ptg.

Surat telah diedarkan. Tolong maklumkan kepada rakan-rakan yang tidak mendapat maklumat. Terima Kasih.

Maklumat ini dari Penyelia Pendidikan Islam PPD Baling Sik.

16.3.10

HANTAR GURU KE DESA BIAR TELUS

Hantar guru ke desa biar telus
Oleh Syuhada Choo Abdullah

BERITA HARIAN
08 MAC 2010

KUALA LUMPUR: Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) merayu pihak luar tidak campur tangan dalam urusan Kementerian Pelajaran menempatkan guru ke luar bandar serta kawasan pedalaman sehingga menjejaskan ketelusan dan kelancaran proses berkenaan.

Presidennya, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata ini kerana ada guru yang menggunakan pengaruh keluarga dan sokongan ahli politik dalam rayuan kepada kementerian untuk menolak arahan penempatan mereka ke sekolah di kawasan berkenaan.


Beliau berkata, ahli politik terbabit membabitkan golongan menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat yang terpaksa melayani permintaan pengundi di kawasan masing-masing. Katanya, tindakan berkenaan jika berterusan dikhuatiri akan mengganggu usaha kerajaan mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar di luar bandar dan pedalaman dengan mewajibkan guru bertugas di kawasan itu antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan, tidak lama lagi.

"Ada sesetengah guru mengaku sanggup berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman ketika proses temu duga pengambilan tetapi kemudian berdolak-dalih memberi pelbagai alasan, termasuk menggunakan pengaruh keluarga yang mempunyai kenalan orang kenamaan atau mendapatkan sokongan ahli politik.

"Keadaan ini menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap guru sebagai tidak bersikap profesional dan tidak bertanggungjawab dalam memikul amanah serta menghadapi cabaran tugas mendidik," katanya ketika dihubungi di sini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu.
Mohamed Sabri berkata, pihak luar perlu menghormati keputusan dan usaha diterajui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berhubung perkara itu, manakala calon yang ingin menceburi kerjaya keguruan pula harus ikhlas serta bersedia melaksanakan tanggungjawab mendidik seperti diamanahkan.

Bagaimanapun, katanya, pertimbangan kemanusiaan tetap diberi kepada kes rayuan tertentu atau kecemasan, terutama membabitkan aspek kesihatan guru yang memerlukan rawatan khusus di hospital.