28.10.09

Panduan ePelaporan j-QAF 6 Bulan Kedua '09

Langkah-langkah untuk mengimport data OKTOBER ke dalam ESEKOLAH 9.7 seperti:-

  1. Buka fail ESEKOLAH dan isikan maklumat Kod Sekolah anda. Pilih bulan analisa OKT.
  2. Import fail SEK2009OKT (data bulan Oktober setiap kelas) dengan menekan butang OKT di ruangan IMPORT .
  3. Satu menu akan muncul. Pilih tekan butang ESEK.


  4. Menu seterusnya sila pilih tekan butang DRIVE C SEK2009OKT.
  5. Proses import berjalan seketika. Pilih nombor seperti angka yang tertera besar.
Sila ulangi langkah 2,3,4 dan 5 untuk mengimport setiap kelas. Guna kreativiti anda untuk melakukannya. Seterusnya ialah langkah-langkah mengeksport data:- 
  1. Selesai semua kelas, untuk melihat hasilnya boleh la tekan butang RUMUSAN. Atau ingin semak kesalahan tekan SEMAK KESALAHAN.
  2. Jika terbukti semua data betul tiada salah, teruskan langkah eksport.
  3. Tekan butang EKSPORT KE C OKT.
  4. Muncul satu menu. Pilih ESEK.
  5. Tunggu proses adunan data selesai. Jika mahu sila buka drive C: anda dan saksikan kelahiran fail-fail berikut:- 
  • PPD2009OKT1
  • PPD2009OKT2
  • PPD2009OKT3
  • PPD2009OKT4
  • PPD2009OKT5
Kemudian, copy semua fail tersebut ke dalam CD anda untuk dihantar kepada PPD BS. Untuk keselamatan dan kecemasan buat salinan ke dalam pendrive dan bawa bersama ketika penyerahan data nanti.

Sekian, selamat berdata.

Kepada guru yang menggunakan Microsoft Office 2007 sila ambil perhatian tatacara mengisi seperti di bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan