15.11.09
MAHRAJAN & MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KEDAH
14 November - Telah berlangsung Mahrajan dan Majlis Khatam al-Quran Sekolah-Sekolah Kebangsaan Program j-QAF Peringkat Negeri Kedah Darul Aman, bertempat di SMK Gurun dan SK Seri Jerai.
i
Peserta Daerah Baling Sik juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini. Terdiri daripada 40 peserta untuk acara Kalam Jamaie, Dikir Barat, Kuiz dan Tilawah (L) dan Tilawah (P).
Tahniah diucapkan kepada kontinjen Baling Sik kerana dapat mencipta kejayaan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum, dengan berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara dikir barat (SK Pulai) dan Ketiga Tilawah al-Quran (P) - SK Kg Sadek/Aliah Norhasni).
Semoga kemenangan anda membuka sinar baru kepada rakan-rakan dan guru-guru j-QAF Baling Sik untuk mengorak langkah mencipta kemenangan yang bergaya tahun depan.
Alhamdulillah, saya dapat meninjau suasana dan pengurusan majlis pada kali ini. Ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki. Aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah berkenaan dengan penghakiman. Sesungguhnya, saya tidak mempertikai dan mempersoal pelantikan hakim. Semua hakim yang dilantik mempunyai kemahiran dan kecerdasan mengikut bahagian masing-masing. Mereka semua adil dan telus dalam membuat keputusan. Cuma, perlu ada penyelarasan dan kesamarataan dalam penentuan hakim bagi acara yang dipertandingkan. Bukankah menjaga kemaslahatan dan mengelakkan kemudaratan adalah tuntutan???.
Saya berikan contoh apa yang diperkatakan; Kalam Jamaie; aspek yang dinilai tiga bahagian. Setiap bahagian melibatkan dua orang hakim; bermakna 6 orang; dan seorang ketua hakim; jumlahnya 7. Begitulah secara kasarnya. Dicadangkan; hakim yang menilai mestilah dari daerah yang berbeza atau berlainan; Daerah PPD di Kedah ada 8, oleh itu akan ada seorang hakim dari setiap daerah....mudah-mudahan tidak menimbulakn pertikaian dan cakap-cakap belakang. Elakkanlah; melibatkan 7 orang tetapi terdapat 2 atau 3 orang hakim dari satu daerah. Adakah daerah lain tidak mempunya kepakaran dalam acara itu???. Tepuk dada tanyalah diri...
Bukanlah maksud saya nak mempertikaikan kalam jamaie; akan tetapi sekadar contoh. Begitu juga dengan acara yang lain. Ada juga acara yang melibatkan 3 +/- 4 orang hakim dari daerah yang sama dalam satu-satu acara. Ini boleh menyebabkan rasa kurang senang dikalangan penonton walaupun sebenarnya bukan begitu.....
Ada juga tiada walau seorang hakim pun mewakili daerah tertentu dalam acara tertentu.
Kalau tak salah saya, perkara ini juga terjadi ketika Majlis Tilawah al-Quran
Sememangnya; kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak; dan tidak mampu memastikan semua terlibat. Akan tetapi, bukankah kadar masalah dan keraguan boleh dikurangkan, kerana kita yang merancang dan melaksanakannya.
Di samping itu, ada juga kecacatan lain seperti soalan kuiz. Ada soalan kuiz terutama soalan bahasa Arab; soalan tergantung yang boleh mengelirukan pelajar. Contoh; berkenaan masa; tidak diletakkan masa'an atau sobaha'.
Ada juga soalan Fardhu Ain yang menjadi pertikaian tentang kesahan jawapan. Diharapkan agar soalan-soalan seperti ini diberi perhatian sewajarnya.
Ada satu perkara lagi iaitu berkenaan dengan makanan. Sebagai guru pengiring, rasa agak terkilan kerana makanan tidak disediakan. Hanya disediakan kepada peserta seramai 40 orang sahaja. Katanya; makanan disediakan tetapi selepas majlis Penutup. Dicadangkan untuk tahun-tahun hadapan agar makanan untuk guru pengiring disediakan bungkus bersama murid-murid (jika ada makanan). Kalau disediakan selepas majlis; masakan guru pengiring makan dan murid-murid menunggu, bas pun kalut nak balik dah; kalau hakim, urusetia dan tetamu oklah.
Diharap, agar perkara-perkara ini diberi perhatian terutamanya aspek penghakiman.
Bukanlah niat untuk mengajar atau mempertikai; akan tetapi sekadar berkongsi maklumat berdasarkan sembang-sembang dan pemerhatian.
Mudah-mudahan, tuan rumah akan datang; Daerah Kota Setar dapat mempertingkat mutu Majlis ini yang menjadi cermin dan kayu pengukur keberkesanan pelaksanaan j-QAF.
Insya Allah, bersamalah kita berusaha mempertingkat j-QAF dalam apa jua perkara yang dilakukan, mudah-mudahan j-QAF tidak dipandang sepi dan sentiasa cemerlang. AMEEN....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan