12.10.10

Data Pelaporan j-QAF 6 Bulan Kedua 2010

Assalamualaikum.
Salam mahabbah kepada semua warga j-QAF Baling Sik dan seluruh Malaysia amnya.
Bermula dari sekarang anda bolehlah mengisi maklumat Data Pelaporan j-QAF berdasarkan fail yang telah dibekalkan seperti 6 bulan pertama yang lepas. Isi data kelas dalam fail yang sama ESATU, EDUA, ETIGA, EEMPAT, ELIMA dan EENAM.
Siap isi semua data kelas barulah boleh eksport ke fail ESEKOLAH versi 10.5 yang terbaru. Fail tersebut dapat diambil dari ruangan Muaturun yang disediakan. Tutorial cara penggunaan hampir sama dengan versi 10.
Di bawah ini adalah maklumat murid yang dikehendaki bersama penyerahan data 6 bulan kedua nanti.

1. Buka fail Sistem Maklumat Murid sekolah anda. Pilih Papar dan Cetak.


2. Cetak maklumat tersebut dan dapatkan pengesahan daripada Guru Besar.




3. Serahkan kertas maklumat itu bersama CD data 6 bulan kedua nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan