11.11.10

Refleksi eLaporan OKT 2010

Assalamualaikum.
Pengumpulan data eLpaoran j-QAF 6 Bulan Kedua 2010 telah dilaksanakan pada 1 November lalu di PKG Sik. Semua berjalan lancar kecuali beberapa sekolah yang masih bermasalah dalam penyerahan data kali ini. Walaupun langkah-langkah nasihat dan peringtan telah diberikan tetapi masih tidak dipedulikan. Justeru itu, tujuan perkara tersebut dinyatakan di sini adalah sebagai ingatan dan teguran kepada kita semua di masa akan datang agar lebih penumpuan semasa taklimat dan teliti semasa mengisi data.

Berikut adalah beberapa dapatan daripada pengumpulan data j-QAF baru-baru ini.
  1. Mengisi data KBS kepada murid bukan Islam.
  2. Mengisi data Khatam Quran kepada murid bukan Islam.
  3. Data bacaan khatam Al-Quran tidak mengikut sukatan BIG.
  4. Mengisi data Jawi kepada murid secara bercelaru.
  5. Data SMM murid j-QAF sekolah masing-masing tidak diserahkan.
  6. Tidak menyerahkan cetakan RUMUSAN ESEKOLAH .
  7. Menyerahkan fail ESEKOLAH yang kosong tiada data bersama data EPPD.
Sekolah-sekolah yang bermasalah sama ada satu atau lebih berhubung masalah di atas akan direkodkan. Ada yang sering mengulangi masalah yang sama dalam sesi-sesi penyerahan data sebelum ini. Oleh itu, mana-mana pihak yang menyedari kesilapan sila perbetulkan dan elakkan kesalahan berulang.

Sekian, terima kasih atas kerjasama semua pihak. Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan