28.3.10
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA & JEMAAH HAKIM MTQ
Tarikh : 31 MAC 2010
Tempat : PKG Kuala Pegang
Jam : 2.00 ptg.
Surat telah diedarkan. Tolong maklumkan kepada rakan-rakan yang tidak mendapat maklumat. Terima Kasih.
Maklumat ini dari Penyelia Pendidikan Islam PPD Baling Sik.
16.3.10
HANTAR GURU KE DESA BIAR TELUS
Hantar guru ke desa biar telus
Oleh Syuhada Choo Abdullah
BERITA HARIAN08 MAC 2010
KUALA LUMPUR: Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) merayu pihak luar tidak campur tangan dalam urusan Kementerian Pelajaran menempatkan guru ke luar bandar serta kawasan pedalaman sehingga menjejaskan ketelusan dan kelancaran proses berkenaan.
Presidennya, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata ini kerana ada guru yang menggunakan pengaruh keluarga dan sokongan ahli politik dalam rayuan kepada kementerian untuk menolak arahan penempatan mereka ke sekolah di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, ahli politik terbabit membabitkan golongan menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat yang terpaksa melayani permintaan pengundi di kawasan masing-masing. Katanya, tindakan berkenaan jika berterusan dikhuatiri akan mengganggu usaha kerajaan mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar di luar bandar dan pedalaman dengan mewajibkan guru bertugas di kawasan itu antara tiga hingga
"
"Keadaan ini menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap guru sebagai tidak bersikap profesional dan tidak bertanggungjawab dalam memikul amanah serta menghadapi cabaran tugas mendidik," katanya ketika dihubungi di sini.
Akhbar baru-baru ini melaporkan guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga
Mohamed Sabri berkata, pihak luar perlu menghormati keputusan dan usaha diterajui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berhubung perkara itu, manakala calon yang ingin menceburi kerjaya keguruan pula harus ikhlas serta bersedia melaksanakan tanggungjawab mendidik seperti diamanahkan.
Bagaimanapun, katanya, pertimbangan kemanusiaan tetap diberi kepada kes rayuan tertentu atau kecemasan, terutama membabitkan aspek kesihatan guru yang memerlukan rawatan khusus di hospital.