13.11.11

Kem Bina Juara Negeri Kedah 2011

Kem Bina Juara Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung pada Sabtu, 12 November 2011 bertempat di SK Seri Muda, Alor Biak, Alor Star, Kedah.
Kontinjen Baling Sik telah menghantar penyertaan dalam kesemua acara yang dipertandingkan seperti Tilawah al-Quran, Kalam Jama-ei, Hiwar, Kuiz, Jawi dan Dikir Barat. Antara pencapaian yang diperolehi adalah:
1. Kalam Jama-ei --> JUARA
2. Tilawah (Lelaki) --> NAIB JUARA
3. Kuiz --> NAIB JUARA


Pihak kami mengucapka tahniah kepada semua atas kejayaan tersebut. Kita gandakan usaha untuk masa hadapan yang lebih cemerlang.
Dengar khabar angin tahun depan (2012) Baling Sik akan jadi tuan rumah KBJ Negeri. Betul ke? Bersedia kita?

16.10.11

KURSUS KSSR & PBS BAHASA ARAB TAHUN 2






Alhamdulillah, hari ini hingga hari Khamis (16 - 20 Oktober 2011) berlangsung Kursus Bahasa Arab Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peringkat Daerah Baling Sik Siri 2 (bagi Zon Sik dan Zon Kuala Pegang)....

Selamat berkursus...moga menambahkan ilmu Ustaz dan Ustazah...

13.10.11

Kutipan Data Pelaporan j-QAF 6 Bulan Kedua 2011

Assalamualaikum. Semoga semua warga pengunjung blog sihat sejahtera.
Berikut adalah surat panggilan / siaran berkaitan kutipan Data Pelaporan j-QAF bagi peringkat PPD Baling Sik untuk 6 bulan kedua 2011.
Surat telah diedarkan ke sekolah masing-masing, tolong rujuk pihak pejabat sekolah. Bagi yang ingin dapatkan salinan surat tersebut sila klik pautan yang disertakan di bawah.

Option 1:
Download dua fail surat di kolum "MUAT TURUN" (lihat sebelah kiri, bawah). Nama failnya : SuratDataOKT2011 dan SuratDataOKT2011_2

Option 2:
Klik download pada paparan surat:
SuratDataOKT2011


SuratDataOKT2011_2

3.10.11

Kursus KSSR Tahun 2

Assalamualaikum.
Kepada sahabat yang menghadiri kursus di atas sepanjang tempoh yang ditetapkan, diminta untuk mengisi maklumat diri di dalam talian. Sila rujuk link berikut :
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dHZkYTh3eEd3elY0YW54NFNuSXBySGc6MA&theme=0AX42CRMsmRFbUy1iY2E5ZGYyZi1iZTJhLTQ2ODUtYWZmNS04ZWFiZTRkNzk4NjA&ifq

Selamat berkursus.

29.9.11

Download Soalan PKSR B. Arab Oktober 2011.

Sila download soalan PKSR Bahasa Arab bagi tahap 2 ( tahun 4,5 dan 6). Ujian bagi bulan Oktober tahun 2011 ini. Selamat mengajar dan menguji anak murid anda.
Setiap fail ada pasword. Dapatkan pasword daripada pihak yang berkenaan.
Klik pada pautan berikut.
1. PKSR OKT T4
2. PKSR OKT T5
3. PKSR OKT T6

25.5.11

Tutorial ESEKOLAH V11 free download



Assalamualaikum warga j-QAF BSK.
Taklimat pengisian data elaporan j-QAF telah diadakan di SMK Tunku Putera pada 24 Mei 2011 yang lalu. Rentetan dari itu, pihak pengurusan blog telah memuat-naik Tutorial ESEKOLAH v11 sebagai panduan lengkap untuk mengisi data dan proses impot-ekspot data sekolah masing-masing. Tutorial tersebut telah disediakan oleh Us. Mohd Lutfi JU Data Daerah Baling Sik.

Sila dapatkan tutorial tersebut dengan klik di sini.

Sekian, harap maklum. Selamat mengisi data.

15.5.11

E-Laporan j-QAF 2011

Assalamualaikum.
Sekarang warga j-QAF boleh mula mendapatkan edisi terkini fail Pelaporan j-QAF bagi tahun 2011 ini. Sila klik pada pautan di bawah untuk download fail tersebut.

Klik untuk download E-laporan Pencapaian j-QAF 2011



Akan ada taklimat pengisia data yang bakal diberitahu kelak.

8.5.11

e-Laporan 2011

Assalamualaikum.
Apa khabar warga j-QAF Baling Sik? Maklumat yang akan disampaikan adalah berkaitan pengisian data pelaporan j-QAF bagi tahun 2011. Di sana sini sudah ada desas-desus daripada kalangan warga j-QAF BSK yang perihatin dengan tugas, tentang bagaimana mengisi data pelaporan pada tahun ini.
Ada perkhabaran daripada sohib program e-Laporan Ust. Mohd Shahrin yang menulis di blognya :-
kredit kepada e-laporan.blogspot.com

Berikut keputusan mesyuarat berkaitan perubahan format laporan pencapaian j-QAF 2011.

1. Peneraju pelaporan ialah Bahagian Pendidikan Islam 2011. Bukannya Bahagian Pembangunan Kurikulum. Justeru, Ketua Unit ialah Ustazah Farhana. Bukannya Ustazah Noorazza.
2. Penetapan KPI j-QAF (Pelunjuran 2011 - 2016 )
3. Mencetak sijil pencapain j-qaf di tahun 6 menggunakan esekolah. Oleh itu, Key in no surat beranak atau kad pengenalan murid untuk tahun 6 sahaja.
4. Bahan dimuatturun di halaman www.bpi.edu.my
5. Item Kem Bestari Solat ialah BM (Belum Menguasai) dan MC (Menguasai). Tiada MS (Menguasai Sederhana)
6. Bahasa Arab Tahap 1 ialah setiap bulan ialah 10 markah. 50 markah ialah markah ujian semester.
7. Al-Quran dan Jawi 6 Bulan Tahun satu dilapor 2 kali setahun. Termasuk sekolah bukan program j-QAF.
8. Pencapaian al-Quran tahun 1 menggunakan pencapaian iqra' semasa. Manakala teks penilaian al-quran tahun satu digunapakai untuk ujian saringan di awal tahun.
9. Untuk mengesan tidak khatam al-quran, penambahan profil murid di tahun 6 seperti berikut :
a. Saudara baru.
b. ponteng.
c. masalah pembelajaran.
d. murid inklusif / pendidikan khas.
e. murid bukan program j-qaf
10. Rumusan solat ialah gabungan amali solat(perlakuan) dan (bacaan). contohyna, jika BM di perlakuan dan MC di bacaan, makan dikira BM.
11. Markah jawi dikira total. Maknanya tiada kolum a, b dan c.

Dipengerusikan oleh Timbalah Pengarah, Pengurusan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam.

Insya-Allah, akan dimuatnaik selepas taklimat 10-12 Mei. Terima kasih.

20.3.11

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA KETUA SEKTOR 2011

MAJLIS PERJUMPAAN PERDANA
KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
BERSAMA GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM
DAERAH BALING SIK TAHUN 2011

TARIKH: 22 MAC 2011
HARI: SELASA
MASA: 2.00 PETANG
TEMPAT: SMK AGAMA BALING

SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM PPD BALING SIK PERLU HADIR.

1.1.11

Bahan Bahasa Arab

Sila klik pada link di bawah untuk download.

1. Sukatan Pelajaran

2. Huraian Sukatan Pelajaran
3. Modul / Buku Sumber