6.11.12

Jemputan Majlis Kesyukuran

Assalamualaikum.

Ustaz Rosmadi bin Hamid Penolong PPD J-QAF

Menjemput warga j-QAF BSK semua bersama keluarga ke majlis kesyukuran beliau atas hasrat menduduki rumah baru.

Majlis tersebut diadakan seperti berikut:

Tarikh         : 13 November 2012 (Selasa)
Masa          : 12.00 tgh (Bacaan Yasin) - 6.00 petang
Tempat       : Kediaman baru beliau..
GPS           : latitut 5.6337073 , longitut 100.8394771
Peta lokasi  : wikimapia.org/#lat=5.6337073&lon=100.8394771&z=16&l=0&m=b

Download jemputan di sini.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

17.10.12

Jawatankuasa & Hakim Mahrajan j-QAF 2012

Assalamualaikum.

Berikut adalah surat berkenaan perkara di atas.

Klik sini untuk download

Perhatian :
Pakaian AJK dan Hakim Lelaki adalah baju melayu lengkap. Manakala AJK dan Hakim Perempuan adalah pakaian yang bersesuaian dan beradab.

Pakaian peserta adalah pakaian sekolah, kecuali peserta Dikir Barat dan Tilawah Al-Quran mengikut kesesuaian masing-masing.

14.10.12

Download Tutorial Pengisian Data j-QAF Oktober 2012

Assalamualaikum.

Sahabat warga j-QAF, anda dinasihatkan memuat turun bahan tutorial ini sebagai panduan pengisian data Pelaporan j-QAF bagi 6 bulan kedua 2012. Insya Allah, semoga dapat membantu sahabat menjalankan tugas yang mencabar itu.


Sedia memberi bantuan khidmat nasihat adalah JU Data Daerah.. Boleh hubungi :

1. Us. Lutfi (O19_5O59959)
2. Us. Nor Ikhwan (O13_5O97419)

10.10.12

Mesyuarat Mahrajan j-QAF Peringkat Daerah

Assalamualaikum.

Satu mesyuarat penyelarasan program Mahrajan j-QAF Peringkat Daerah Baling Sik akan dijalankan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 14 Oktober 2012 ( Ahad )
Masa : 2.00 petang
Tempat : SK Kampong KEDA, Kupang, Kedah.

Sekian, harap maklum.

8.10.12

Data Pelaporan Oktober 2012

Assalamualaikum.

1. Sila bertindak segera. Isi data j-QAF bulan Oktober 2012 anda di dalam tapak e-Laporan versi yang digunakan semasa bulan Jun tempoh hari.
Isikan maklumat di ruang bulan OKT. Tahun 1 dan 2 isi KBS dan Al-Quran sahaja di dalam versi tersebut. Tahun lain isi macam biasa.

 2. Laksanakan ujian PKSR B. Arab Akhir Tahun berpandukan soalan yang diberikan oleh BPI. Begitu juga dengan soalan JAWI 6 Bulan Kedua.
Klik untuk dapatkan soalan B. Arab Akhir Tahun 2012
Klik untuk dapatkan soalan Jawi 6 Bulan Kedua 2012
3. Tunggu kemunculan versi terbaru untuk isi data Bahasa Arab dan Jawi bagi tahun 1 dan 2.  Selepas itu, perlu eksport data kelas OKT, untuk diupdate ke dalam versi terbaru nanti.

4. Isi sekarang sebelum terlambat. Data PPD Baling Sik akan dikumpul beberapa hari sebelum tamat bulan Oktober ini.

Sekian, harap maklum.

SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN HIWAR



SYARAT & PERATURAN
MAHRAJAN j-QAF
TAHUN 2012

Sila dapatkan di pautan berikut...

27.9.12

PENGESAHAN PENYERTAAN MAHRAJAN j-QAF DAERAH BALING SIK 2012

Assalamualaikum...
Tolong buat pengesahan penyertaan sekolah tuan/puan dalam MAHRAJAN j-QAF 2012 dan email kembali kepada saya sblm atau pada 3 OKTOBER 2012.
Alamat email ( madymesra@yahoo.com )
Kerjasama tuan/puan saya dahulukan dgn ucapan terima kasih.
Wassalam.
Rosmadi bin Hamid
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (J-Qaf)

9.8.12

Program Peneguhan Jawi 2012

Assalamualaikum WBT.

Sila download hebahan terkini dari pihak PPD Baling Sik seperti maklumat di bawah:-

Tajuk : "PELAKSANAAN PROGRAM PENEGUHAN MODEL JAWI SEKOLAH-SEKOLAH PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KEDAH TA HUN 2012M/1433H"

Dapatkan surat dan panduan perlaksanaan di pautan ini.


  1. Surat siaran Pertandingan Jawi
  2. Kertas Konsep Pertandingan Jawi
Selamat Berpuasa.

8.8.12

Salam Ramadhan 2012

Selamat menghidupkan Ramadhan.
Rebut 10 malam terakhirnya.
Semoga bertemu Lalatul Qadr.

26.6.12

Muat turun Contoh Pembentangan Pencapaian e-Pel. j-QAF Jun 2012

SEGERA

Assalamualaikum.

Makluman ini adalah rentetan daripada sesi pengumpulan data Pelaporan j-QAF di peringkat Negeri Kedah pada 26 Jun 2012.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PPD Baling Sik memohon kerjasama semua warga j-QAF PPD BS untuk memuat turun fail tersebut melalui pautan yang diberikan di bawah.

2. Sila  isi maklumat ke dalam fail powerpoint berpandukan data j-QAF sekolah masing-masing. Rujuk data tahun 2012 dan 2011 sekolah anda.

3. Fail yang telah siap diisi perlu dibentangkan dalam mesyuarat Panitia Pendidikan Islam/ Bahasa Arab. Juga perlu dibentangkan kepada pegawai yang memantau j-QAF ke sekolah anda nanti.

4. Ketua Guru j-QAF diminta menyerahkan satu salinan soft copy fail itu kepada Ustaz Rosmadi Bin Hamid melalui alamat emel :-
madymesra@yahoo.com

Segala kerjasama yang dihulurkan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

18.6.12

Download ESATU, EDUA & ESEKOLAH versi 12

Sila download fail terbaru untuk ESATU v12 , EDUA v12 dan ESEKOLAH v12 dari pautan dia bawah.

Download sekali gus (3 fail) klik sini.

Download berasingan (untuk internet yang perlahan)
  1. ESATU v12.1
  2. EDUA v12
  3. ESEKOLAH v12
PERHATIAN !

1. Tarikh penyerahan data peringkat daerah Baling Sik ialah 21, khamis Jun 2012 di SMK Siong, Baling (tempat seperti dalam surat siaran).

2. Jangan isi markah JAWI dan BAHASA ARAB di dalam ESATU dan EDUA.

3. Segala keperluan semasa penyerahan data adalah seperti tercatat di dalam surat siaran yang telah dihantar sebelum ini.

21.5.12

E-Laporan 6 Bulan Pertama 2012

Sudah tiba!
Sila download edisi terkini e-Laporan v12 untuk pengisian data pencapaian murid j-QAF tahun 2012.
Klik link di sini ini.
Atau terus ke laman web www.bpi.edu.my


10.5.12

Download Soalan PKSR B.Arab dan Jawi Pertengahan Tahun 2012

Assalamualaikum.

Makluman terkini berkenaan tajuk di atas. Berikutan pendedahan maklumat mengenai perkara tersebut telah disebar-luaskan dalam beberapa web dan laman sosial, atas dasar privasi dan dasar kerahsiaan pihak yang menerbitkan dokumen itu (BPI) maka pengurusan blog ini telah menutup pautan ke bahagian dokumen itu.

Perlu dinyatakan di sini bahawa usaha yang dilakukan sebelum ini adalah disebabkan kelewatan surat siaran daripada pihak JPN Kedah mahupun PPD Baling Sik ke sekolah masing-masing. Namun, kini diharapkan sekolah-sekolah terlibat telah mendapat makluman berkenaan perkara di atas tadi.

Maaf atas segala kesulitan dan kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih

Selamat menjalankan tugas.