12.10.15

Makluman Terkini: Pengisian Sistem ePelaporan Program j-QAF untuk Kutipan Oktober 2015

Copy paste dari http://epelaporanbpi.blogspot.my/ dengan sedikit pengubahsuaian.
 
Untuk Perhatian semua Penyelaras Data Sekolah (Aliran Perdana dan Pendidikan Khas)

1.       SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

a.  Sistem ePelaporan Program j-QAF akan mengekalkan sistem versi yang digunakan di peringkat sekolah untuk kutipan Jun 2015 iaitu versi Patch_JUN05.
b.  Sekiranya penyelaras data tidak mempunyai Sistem e-Pelaporan dan patch sistem terbaharu, ia boleh dimuat turun dari http://jqafbskdownload.blogspot.my.
c.   Kutipan Data e-Pelaporan Program j-QAF menggunakan data yang dikumpul dari data kutipan Jun 2015. Penyelaras Data Sekolah perlu menukar bulan Kutipan dari Jun ke Oktober sebelum mengisi Data bulan Oktober.
d.  Untuk kutipan data bulan Oktober, semua model perlu diisi kecuali model PAFA.
e.  Sila membuat semakan kepada Maklumat Guru agar ia adalah maklumat terkini terutama Opsyen Guru.

2.    PENGUMPULAN DAN PENGABUNGAN DATA OKTOBER 2015 
 
Tarikh kutipan data Daerah Baling Sik ialah Selasa,27 Oktober 2015   

a.  Penyelaras Data Sekolah dan Jurulatih Daerah perlu mengasingkan data murid Perdana dan murid Pendidikan Khas (Kelas PPKI dan SKPK) sewaktu pengumpulan data dari peringkat sekolah dan daerah.
b.  Data Pendidikan Khas akan diserahkan kepada Jurulatih Utama Pendidikan Khas di peringkat Kebangsaan.


Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Jurulatih Daerah 
 
Us Ikhwan : 019-5597419
Us Lutfi : 013-5329002
 
Makluman dipetik daripada:
JUK ePEPLAPORAN PROGRAM j-QAF

1.10.15

Soalan Sumatif 2 Bahasa Arab dan Jawi Tahun 2015

Assalamualaikum.
Sila dapatkan soalan-soalan ujian tersebut di laman http://epelaporanbpi.blogspot.my

Di sini adalah pautan terus kepada sumber soalan tersebut.

Bahasa Arab



Jawi

Kredit kepada http://epelaporanbpi.blogspot.my/p/muat-turun.html

21.9.15

Surat Pelaksanaan Ujian Sumatif II 2015

Assalamualaikum.

Kepada warga GPI Program j-QAF BSK.

Pihak JPN Kedah telah memaklumkan tentang pelaksanaan Ujian Sumatif yang kedua pada tahun ini.

Sila muat turun surat pelaksanaan Ujian Sumatif Kedua 2015 di pautan berikut.

Jika link 1 bermasalah sila cuba link 2 pula.

LINK 1 (Google Drive)

LINK 2 (Mediafire)

15.6.15

Patch e-Pelaporan 2015 (JUN2015)

Assalamualaikum.
Berikut adalah fail patch untuk kemaskini sistem e-Pelaporan 2015 yang terkini. Sila download dan install ke dalam laptop Penyelaras Data Sekolah.

1. Patch JUN2015

2. Manual penggunaan Patch JUN2015.

Sekian, terima kasih.

20.5.15

Muat turun e-Pelaporan j-QAF 2015

Assalamualaikum,

Berikut adalah senarai sistem yang boleh dimuat turun untuk kegunaan warga j-QAF BSK.

1. Installer program e-Pelaporan j-QAF Bersepadu.

Fail sistem yang dibekalkan ini disimpan dalam bentuk ZIP/ RAR. Sila ekstarct dahulu fail itu sebelum install ke dalam komputer pengguna.

2. Patch04

Untuk makluman kepada Pengguna, pihak admin ePelaporan menyediakan Fail patch terkini iaitu Patch04 untuk membaiki ralat semasa proses import gabung data pd bahagian ujian Diagnostik Jawi dijalankan. Justeru kami telah mengeluarkan Patch04 untuk membaiki ralat berkenaan. 
Patch Terkini disediakan untuk menambah baik sistem ePelaporan pada Installer Sistem (ePelaporan2015_Setup03.exe). Pengguna Install Patch ini selepas Install Sistem ePelaporan 2015. Sekiranya Sistem 2015 sudah ada, patch ini tidak akan memadam data yang ada dalam fail bpidata2015. Sila dapatkan Patch terkini.

Selamat menjalankan tugas. Sekian, terima kasih.

30.3.15

Instrument Pemantauan PdP iqrak,Headcount Iqrak Tahun 1 dan Instrument Bilik jQAF

Assalamualaikum

Perhatian kepada semua guru jQAF Daerah  Baling Sik

Sila Download bahan berikut dan ambil tindakan dengan  segera:

1.Instrument Pemantauan PdP iqrak

2.Headcount Iqrak Tahun 1

3. Instrument Bilik jQAF


Saya yang menjalankan tugas.

Ustaz Rosmadi Abd Hamid
Pegawai j-QAF PPDBS



26.2.15

Kutipan Data Maklumat Guru Pendidikan Islam 2015

Assalamualaikum.


Sila ambil tindakan segera. Muat turun borang-borang berkaitan seperti berikut:-

  1. Borang Maklumat Guru 2015
  2. Borang Maklumat Murid 2015
  3. Panduan Mengisi Maklumat Guru dan Murid
Sila baca dengan teliti panduan untuk mengisi borang.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.