30.4.10

Bahan Terkini

Assalamualaikum W.B.T.
Semoga semua warga j-QAF BSK sihat-sihat belaka. Selamat menjalankan tugas kepada kita semua. Marilah kita sama-sama meningkatkan komitmen dan prestasi kerja agar daerah BSK kita terus cemerlang. Justeru itu, diharapkan perhatian dan tindakan daripada seluruh warga j-QAF BSK untuk mendapatkan maklumat bahan edaran terkini yang berkaitan dengan bidang tugas kita di laman Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dapatkan bahan tersebut dengan mengklik pautan berikut:

Sekian, terima kasih.

Admin.

25.4.10

TAHNIAH KONTINJEN BALING SIK

24 APRIL - TAHNIAH buat Kontinjen MTQ Negeri Dari Baling Sik...

Alhamdulillah; Kontinjen Baling Sik yang diketuai oleh Ust. Mohd Yusoff b Hj. Abdullah berjaya menjadi johan dalam 3 acara dan tempat ketiga dalam 4 acara yang telah dipertandingkan...

TAHNIAH dan SYABAS...

Keputusan Kontinjen Baling Sik adalah seperti berikut:-

JOHAN: Syarahan Agama (L) & (P) Menengah serta Hafazan (L) Rendah
KETIGA: Tilawah AQ (P) Men, Hafazan AQ (P) Men, Hafazan AQ (P) Ren dan Bercerita Kisah-kisah AQ (L) Ren.

Buat JOHAN...teruskan kecemerlangan di Peringkat Kebangsaan...Insya Allah...katanya TERENGGANU...

Tidak lupa jua rakaman TAHNIAH dan SYABAS buat semua JU yang telah bertungkus lumus melatih anak-anak buat Baling Sik...

Jasa anda...hanya Allah mampu membalasnya....AMEEN...


23.4.10

MTQ NEGERI: KONTINJEN BSK BERKAMPUNG DI SMK SYED MOHD BUKHORY






23 April - Alhamdulillah, Kontinjen Baling Sik selamat tiba di SMK Syed Mohd Al-Bukhory untu menghadiri Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman. Majlis akan berlangsung di SMK Syed Mohd al-Bukhory dan Bahagian Teknologi Pendidikan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Seramai 10 orang peserta berkampung disini dan 2 orang lagi bersama guru sekolah.



Turut serta dalam kontinjen ini adalah ketua kontinjen dan 2 orang guru pengiring. Majlis Bacaan Yaasin dan Latihan Akhir telah diadakan bermula jam 8.30 malam hingga 11.00 malam....


Selamat Maju Jaya buat semua peserta terutamanya Kontinjen Baling Sik....

Teruskan Usaha....AMEEN....

19.4.10

PEMANTAUAN j-QAF 2010

Adalah dimaklumkan, Pemantauan j-QAF 2010 akan dibuat oleh BPI, SPI dan UPIM. Oleh itu, kepada semua sahabat...tolong lengkapkan maklumat, fail, rekod bacaan al-Quran dan lain-lain kerja yang berkenaan.

Tolong pastikan KBS dibuat mengikut jadual yang telah dihantar ke PPD.

Hebahkan kepada sahabat-sahabat yang lain.

Kerjasama, komitmen dan keprihatinan menjayakan j-QAF adalah mutiara yang tiada nilainya.

Bersama jayakan j-QAF PPD BSK.

18.4.10

Alhamdulillah, Bengkel MTQ Berjaya...

18 APRIL - Alhamdulillah, bengkel MTQ UPIM PPDBS berjaya dijalankan dengan jayanya. Terima kasih buat semua JU yang telah bertungkus-lumus mendidik dan memberi tunjuk ajar yang berguna kepada anak buah masing-masing

Kepada semua 12 orang peserta daripada Baling Sik, buat yang terbaik.....Di bahu anda terletak harapan....SEMOGA BERJAYA....

14.4.10

BENGKEL MTQ PPD BALING SIK

Adalah dimaklumkan BENGKEL PEMANTAPAN AKTIVITI KOKURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM / MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH BALING SIK TAHUN 2010M / 1431H akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 17 dan 18 April 2010

Tempat : SMKA SIK

Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang


Sila muat turun surat...di bawah...


1) SURAT PANGGILAN BENGKEL

2) SURAT KONTINJEN MTQ BSK

3) SENARAI KONTINJEN MTQ BSK


Maklumat ini dari Ust. Mohd Yusoff bin Hj. Abdullah/UPIM PPD Baling Sik


5.4.10

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN 1431H/2010M

Alhamdulillah, Majlis Tilawah al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Daerah Baling Sik telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Perjalanan majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Jawatankuasa Induk Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Baling Sik merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

CORAT-CORET MTQ 1431H/2010M di bawah:-

2.4.10

MTQ 2010; SURAT LANTIKAN & SENARAI PENGELOLA

Adalah dimaklumkan MTQ Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Daerah Baling Sik 2010 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 5 APRIL 2010
Hari : Isnin
Tempat : SMK Agama Baling
Masa : 7.45 pagi

Sila maklumkam maklumat ini kepada rakan-rakan guru Daerah Baling Sik

Surat Lantikan HAKIM & Senarai HAKIM boleh dimuat turun dibawah:


SURAT LANTIKAN

SENARAI PENGELOLA & HAKIM


* Maklumat ini dari - Ust. Mohd Yusof Abdullah.