1.10.10

LAPORAN MURID KHATAM AL-QURAN

LAPORAN PENCAPAIAN MURID YANG TIDAK TERLIBAT PROGRAM j-QAF TAHUN 2010 (MURID TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6) YANG TELAH DAN DIJANGKA AKAN KHATAM AL-QURAN PADA AKHIR SESI PERSEKOLAHAN 2010

Surat telah diedarkan, Laporan hendaklah dihantar ke Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah (PPK j-QAF) dan salinan kepada Unit Pendidikan Islam PPD Baling Sik (Ust, Mohd Yusof).

Laporan mesti sampai sebelum 10 Oktober 2010.

Harap Maklum...

31.8.10

Ramadhan dan Kemerdekaan

Selamat Berpuasa dan mendapat ganjaran serta faedah Madrasah Ramadhan kali ini 1431H.
Juga diucapkan selamat hari kemerdekaan Malaysia ke-53

11.7.10

Terkini: ESEKOLAH versi 10.3

Perhatian kepada semua guru yang mengisi data kali ini untuk tindakan. Fail Esekolah v.10.3 yang terbaru sudah dikeluarkan. Diharap agar ustaz-ustazah menggunakan Esekolah versi terkini untuk menggabungkan data sekolah masing-masing.
Segala maklumat berkaitan cara-cara penggunaannya sila lawat laman www.e-laporan.blogspot.com
Sila bertindak segera dan sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Atau klik download di sini. ESEKOLAH v. 10.3

1.7.10

E-Laporan 2010 dan Tutorial ESEKOLAH v.10

PERUBAHAN DALAM E-LAPORAN VERSI 10

Perubahan Fail ESATU, EDUA, ETIGA, EEMPAT, ELIMA, EENAM.

1. Bahagian Khatam Al-Quran TAHUN

1.1 IQRA’(LITERASI) :
Perubahan/peningkatan murid dari awal tahun hingga bulan jun.
Cth: Iqra’ 1/Iqra’ 2 bermaksud murid tersebut membaca Iqra’ 1 di awal tahun dan pada bulan jun murid tersebut membaca Iqra’ 2.

1.2 AYAT TERTINGGI:
Mengikut bilangan muka surat tidak lagi mengikut ayat tertinggi.

1.3 MARKAH BACAAN:
Iqra’ 1-3 >>>>>> 01-10 markah
Iqra' 4-6 >>>>>>11-19 markah
Al-Quran >>>>>>20-40 markah

2. Bahagian Bahasa Arab TAHUN 3

Isi markah ujian yang di buat dua kali iaitu Mac dan Mei.

3.Bahagian Solat Tambahan (Tahun 4-6 sahaja)

Bahagian ini adalah tambahan kepada solat yang ada mengikut sukatan Kem bestari solat Tahun 4-6. Penilaian bagi aktiviti tayammum dan solat Jenazah.

Tutorial Cara Mengguna ESEKOLAH
Anda digalakkan mendapatkan fail tutorial untuk memudahkan proses pengisian data j-QAF 2010.
Sila tekan di bawah:
Download.

23.6.10

TAKLIMAT DATA e-PELAPORAN JUN 2010

Sukacita dimaklumkan, Taklimat Penyelarasan Proses Pengumpulan Data e-Pelaporan Pencapaian Murid Sekolah-Sekolah Program j-QAF Jun 2010 Bagi Sekolah-Sekolah Daerah Baling Sik akan diadakan seperti berikut:-


Zon Sik & Zon Kuala Ketil

Tarikh: 29 Jun 2010
Tempat: Makmal SK Sik
Masa: 2.00 ptg - 5.00 ptg

Zon Baling & Zon Kuala Pegang

Tarikh: 30 Jun 2010
Tempat: Makmal SK Kuala Kupang
Masa: 2.00 ptg - 5.00 ptg


Manakala, Kutipan Data e-Pelaporan akan diadakan pada:

Tarikh: 13 Julai 2010
Tempat: PKG Kuala Pegang
Masa: 2.00 ptg - 5.00 ptg

Sila bawa bersama:

1) Laptop
2) Extension Wire
3) Free Virus Pen Drive
4) CD kosong.

Surat telah diedarkan. Untuk muat turun surat sila klik di sini.

Sekian, terima kasih. Harap Maklum.