10.5.12

Download Soalan PKSR B.Arab dan Jawi Pertengahan Tahun 2012

Assalamualaikum.

Makluman terkini berkenaan tajuk di atas. Berikutan pendedahan maklumat mengenai perkara tersebut telah disebar-luaskan dalam beberapa web dan laman sosial, atas dasar privasi dan dasar kerahsiaan pihak yang menerbitkan dokumen itu (BPI) maka pengurusan blog ini telah menutup pautan ke bahagian dokumen itu.

Perlu dinyatakan di sini bahawa usaha yang dilakukan sebelum ini adalah disebabkan kelewatan surat siaran daripada pihak JPN Kedah mahupun PPD Baling Sik ke sekolah masing-masing. Namun, kini diharapkan sekolah-sekolah terlibat telah mendapat makluman berkenaan perkara di atas tadi.

Maaf atas segala kesulitan dan kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih

Selamat menjalankan tugas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan