26.6.12

Muat turun Contoh Pembentangan Pencapaian e-Pel. j-QAF Jun 2012

SEGERA

Assalamualaikum.

Makluman ini adalah rentetan daripada sesi pengumpulan data Pelaporan j-QAF di peringkat Negeri Kedah pada 26 Jun 2012.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PPD Baling Sik memohon kerjasama semua warga j-QAF PPD BS untuk memuat turun fail tersebut melalui pautan yang diberikan di bawah.

2. Sila  isi maklumat ke dalam fail powerpoint berpandukan data j-QAF sekolah masing-masing. Rujuk data tahun 2012 dan 2011 sekolah anda.

3. Fail yang telah siap diisi perlu dibentangkan dalam mesyuarat Panitia Pendidikan Islam/ Bahasa Arab. Juga perlu dibentangkan kepada pegawai yang memantau j-QAF ke sekolah anda nanti.

4. Ketua Guru j-QAF diminta menyerahkan satu salinan soft copy fail itu kepada Ustaz Rosmadi Bin Hamid melalui alamat emel :-
madymesra@yahoo.com

Segala kerjasama yang dihulurkan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan